2026-04-18T00:00:00+08:00
Loading Events

Excel Academy of Real Estate akan mengadakan seminar Pengurusan Strata Yang Efektif: Panduan Praktikal dan Lawatan ke Pangsapuri Terpilih pada 18 Mei 2023 (Khamis). Ini merupakan seminar pertama yang diadakan oleh Excel Academy dan melibatkan lawatan ke kondominium terpilih iaitu Kondominium D’Pines, yang telah memenangi beberapa anugerah cemerlang daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Seminar ini bertujuan memberikan panduan terperinci tentang cara-cara mengurus strata secara efektif dan berkesen, termasuk undang-undang strata, tugas dan tanggungjawab pengurusan strata, serta aspek penting pengurusan strata seperti kewangan, penyelenggaraan, dan pengurusan risiko, yang semuanya akan dibincangkan secara mendalam.

Seminar ini juga akan merangkumi lawatan ke D’Pines Condominium, Ampang yang terpilih untuk memperlihatkan secara praktikal bagaimana pengurusan strata yang efektif dapat dilaksanakan. Lawatan ini akan memberikan perspektif dan pengalaman langsung kepada para peserta tentang pengurusan strata yang berkesan.

𝐁𝐮𝐭𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐫
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 18 Mei 2023 (Khamis)
𝐌𝐚𝐬𝐚: 9.00 pagi – 4.00 petang
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: Multi-Purpose Hall, D’Pines Condominium, Ampang
𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡: Sr Muhammad Rosizhar Abdul Rahim (Pengarah, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya)
𝐉𝐚𝐦 𝐂𝐏𝐃: Seminar ini akan memperuntukan 5 jam CPD dari Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH).

Sertai kami sekarang dengan mengisi borang pendaftaran di laman Google Form yang disediakan di bawah ini:
https://realestate.excelacademy.my/course_portfolio/cpd-courses/?portfolioCats=36#tab-4bb941db58391f6ebf2

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 016-4259686 (Amiza), 012-2714602 (Ashikin), atau 013-5111009 (Naufal). Anda juga boleh menghubungi kami melalui emel di courses@excelacademy.my sebagai alternatif.

#excelacademy #excelacademyofrealestate #cpdseminar #pengurusanstrata #lpeph #jmb #mc #cob #mpaj

Go to Top