2026-04-30T00:00:00+08:00
Loading Events

Seminar ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pihak Pengurusan Berstrata iaitu Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) mengenai peraturan dan peruntukan undang-undang, tanggungjawab dan peranan JMB/MC dan pemaju terhadap pengendalian Mesyuarat Agung (AGM) & Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Selain itu, seminar ini juga dianjurkan bagi memberikan penerangan terhadap peranan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang bertanggungjawab mengawal selia pihak yang terlibat dalam pengurusan bangunan berstrata, menyelesaikan masalah dan memantau serta mengambil tindakan dalam menangani isu berkaitan.

Senarai Seminar Modul :ย 

1. Konsep Asas Dalam Pengurusan Strata
2. Pengurusan Mesyuarat Agung di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)
3. Kesilapan-kesilapan Umum AGM
4. Peranan & Tanggungjawab Ejen Pengurusan
5. Peranan COB Berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)
6. Undang-Undang Kecil di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)

Butiran Seminar:ย 

Tarikh: 16 Disember 2021 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 Tengahari

Seminar Platform: Seminar akan dijalankan secara maya (online) melalui Zoom

Mata CPD ( CPD Hours): 3 Mata CPD (3 CPD Hours)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di Amiza : 016-4259686 atau Ting Feng : 010-2221758.

Go to Top