
๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐ญ๐ซ๐๐ญ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐ค๐ญ๐ข๐: ๐๐๐ง๐๐ฎ๐๐ง ๐๐ซ๐๐ค๐ญ๐ข๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐ค๐ ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐ฉ๐ฎ๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก
Excel Academy of Real Estate akan mengadakan seminar Pengurusan Strata Yang Efektif: Panduan Praktikal dan Lawatan ke Pangsapuri Terpilih pada 18 Mei 2023 (Khamis). Ini merupakan seminar pertama yang diadakan oleh Excel Academy dan melibatkan lawatan ke kondominium terpilih iaitu Kondominium D’Pines, yang telah memenangi beberapa anugerah cemerlang daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Seminar ini bertujuan memberikan panduan terperinci tentang cara-cara mengurus strata secara efektif dan berkesan, termasuk undang-undang strata, tugas dan tanggungjawab pengurusan strata, serta aspek penting pengurusan strata seperti kewangan, penyelenggaraan, dan pengurusan risiko, yang semuanya akan dibincangkan secara mendalam.
Seminar ini juga akan merangkumi lawatan ke D’Pines Condominium, Ampang yang terpilih untuk memperlihatkan secara praktikal bagaimana pengurusan strata yang efektif dapat dilaksanakan. Lawatan ini akan memberikan perspektif dan pengalaman langsung kepada para peserta tentang pengurusan strata yang berkesan.
๐๐ฎ๐ญ๐ข๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข๐ง๐๐ซ
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก: 18 Mei 2023 (Khamis)
๐๐๐ฌ๐: 9.00 pagi โ 4.00 petang
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ: Multi-Purpose Hall, DโPines Condominium, Ampang
๐๐๐ง๐๐๐ซ๐๐ฆ๐๐ก: Sr Muhammad Rosizhar Abdul Rahim (Pengarah, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya)
๐๐๐ฆ ๐๐๐: Seminar ini telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan 5 jam CPD daripada BOVAEP/LPEPH.
Sertai kami sekarang dengan mengisi borang pendaftaran di laman Google Form yang disediakan di bawah ini:
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 016-4259686 (Amiza), 012-2714602 (Ashikin), atau 013-5111009 (Naufal). Anda juga boleh menghubungi kami melalui emel di courses@excelacademy.my sebagai alternatif.
#excelacademyย #excelacademyofrealestateย #cpdseminarย #pengurusanstrataย #lpephย #jmbย #mcย #cobย #mpaj